Friday 28 October 2011

PENGAJARAN TATABAHASA

Pengajaran Tatabahasa bagi saya sukar untuk disampaikan kepada murid. Murid juga kurang mahir dan sukar untuk menguasai pembelajaran tatabahasa ini. Penggunaan tatabahasa yang tidak betul menyebabkan murid tidak dapat menulis karangan dengan baik.
Dalam pembelajaran tatabahasa ini, tujuan pelajar tersebut adalah penting. Kalau pelajar mempelajari tatabahasa dengan memikirkan bahawa pembelajaran paradigma, pola, rajah-rajah tertentu sebagai tujuan pembelajaran itu sendiri, maka itulah yang dikuasainya. Usaha seperti ini tidaklah bermakna langsung. Tetapi sekiranya mereka mempelajari segala rumusan tatabahasa, pola dan paradigma-paradigma tersebut dengan maksud untuk menyampaikan pemikiran dan mesej dengan memilih kata nama, kata kerja atau kata sifat tertentu, dan mereka dapat menentukan makna dan maksud tertentu, maka ternyata ada manfaatnya. Kalau itulah yang dijadikan matlamat di dalam pengajaran tatabahasa tersebut mempunyai kepentingan besar. Pengajaran bahasa telah semakin menyedari bahawa pendekatan kognitif mestilah memberi kepentingan tertentu. Pembelajaran bahasa perlulah mencari satu sistem tatabahasa yang dapat menjelaskan struktur bahasa supaya pelajar dapat menggunakan untuk menghasilkan ujaran sendiri. Ada beberapa tujuan lain, dan ini disenaraikan di bawah.
1. Pengetahuan mengenai tatabahasa biasanya menjadi asas di dalam logik.
Mereka yang mengetahui tatabahasa akan dapat menyusun hujahan-hujahan di dalam bahasa yang rapi.
2. Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar bertutur (dan mengarang)
dengan lancar, terang dan mudah difahami oleh orang lain.
3. Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar dapat memahami dengan
lebih jelas akan pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya.
4. Kefahaman tatabahasa berguna kepada orang-orang dewasa atau pelajar-
pelajar di peringkat tinggi, terutama apabila belajar bahasa asing, kerana mereka lebih sukar belajar menerusi rumusan yang tertentu.
5. Kefahaman tatabahasa adalah penting untuk peperiksaan kerana soalan-
soalan bahasa yang khusus mengenai tatabahasa.
6. Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar menentukan sama ada
sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut rumusan tatabahasa bahasa itu.

No comments:

Post a Comment