Thursday 13 October 2011

SALAM PERKENALAN

Salam perkenalan buat semua.Sudah sekian lama akhirnya berjaya juga mewujudkan blog ini.Apa yang disampaikan diharapkan dapat menjadi panduan dan juga sebagai perkongsian ilmu .Sebagai seorang guru banyak cabaran dan pengalaman yang saya  tempuhi sepanjang berkhidmat sebagai seorang guru hampir 15 tahun. Tugas sebagai seorang guru bukan sahaja mengajar malah mendidik generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara.Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara. Begitu berat tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai seorang guru.Guru yang berdedikasi guru yang bukan sahaja mencurahkan ilmu kepada pelajarnya malah harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan disiplin pelajar.

Pada amnya guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi seorang guru yang profesional seseorang guru itu perlu menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah. Peranan guru juga adalah membina murid menjadi modal insan kepada diri, keluarga, masyarakat , negara serta agama. Guru yang cemerlang mampu melahirkan modal insan yang berketrampilan dan negara sudah tentunya menerima impak yang besar.

No comments:

Post a Comment