Thursday 13 October 2011

TID (Program Mengenal Pasti Bakat Sukan)




Setiap sekolah akan menjalankan pelbagai program untuk murid-murid tahun 6 selepas peperiksaan UPSR. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan  baru -baru  ini saya telah jalankan Ujian TID untuk murid-murid tahun 6 yang dijalankan selama 2 hari.
Apa itu ujian TID ?
 Program TID ialah program mengenalpasti bakat sukan peringkat sekolah. Ujian ini terbahagi kepada 2 iaitu Ujian Antrophometrik dan Ujian Kecergasan.
Terdapat  4 komponen dalam Ujian Antrophometrik 
a) Ketinggian Berdiri
b) Ketinggian Duduk
c) Panjang Depa
d) Timbang Berat


Ujian Kecergasan
a) Ujian Lari Pecut 40 meter
b) Ujian Jangkauan Melunjur
c) Ujian Lari Ulang Alik 10 meter
d) Lompat Jauh Berdiri


BAHAGIAN A (Anthropometrik)
a.Ketinggian Berdiri (Standing Height)
Ukuran jarak dari lantai ke bahagian paling atas kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki.(tidak memakai kasut atau stokin). Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan terhadap sesuatu jenis permainan atau sukan seperti atlet bola keranjang memerlukan ketinggian manakala atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan sekirannya rendah.

b. Ketinggian Duduk
Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa posisi duduk melunjur. Nisbah ukuran panjang bahagian atas badan dan bahagian bawah badan memberi kesan terhadap tahap pencapaian bagi sukan atau permainan tertentu seperti atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang panjang,berbadan rendah mendapat kelebihan dalam acara angkat berat.


c. Panjang Depa
Jarak depa dari hujung jari kanan ke hujung jari tangan kiri dalam posisi melintang dan selari dengan paras bahu.Ukuran depa yang panjang sesuai untuk atlet renang dan peninju,atlet angkat berat memerlukan depa yang pendek.


d.Ukuran Berat Badan
Ukuran berat badan dalam kg dengan berpakaian sukan lengkap tanpa beralas kaki.Berat atau ringan badan penting dalam pencapaian sukan dan berat badan yang ringan sesuai untuk atlet lumba basikal dan atlet acara larian.


BAHAGIAN B (Kecergasan)


a. Lari Pecut 40 meter
Keupayaan larian pecut 40 meter dengan catatan masa terpantas dengan permulaan gaya berdiri statik.Kepantasan dan kelajuan adalah elemen penting dalam sukan dan permainan seperti olahraga,berbasikal,badminton,hoki dan sebagainya.


b. Jangkauan Melunjur
Keupayaan tahap kelenturan badan semasa posisi duduk melunjur di lantai. Kelenturan badan memberi kesan terhadap prestasi dalam kebanyakan sukan dan permainan.


c. Lari Ulang Alik (10 meter)
Catatan masa yang paling singkat untuk melakukan lari ulang alik 10 meter. Tahap ketangkasan memberi kesan terhadap permainan bola sepak, badminton,sukan olahraga dan lain-lain.


d. Lompat Jauh Berdiri
Keupayaan kekuatan kedua-dua belah kaki semasa melompat.Rasionalnya kuasa eksplosif otot kaki dikesan terhadap pencapaian beberapa jenis sukan seperti bola tampar dan acara lompatan padang.
 

5 comments:

  1. waa..cg.lily a.k.a my techers guide dah ada blog..haha...sukanya..tahniah..!!..rindu nga dorg nih..!!..hehe..ada masa meh la jmpa kat taman perpaduan nuh..

    ReplyDelete
  2. terima kasih....baru mula belajar...banyak lagi yg tak tau ni.

    ReplyDelete
  3. salam,ckgu.nak tnye ade x skor utk lari ulang alik 10 meter bg laki n pompuan

    ReplyDelete
  4. samalah...kawe pun nak skor dia juga

    ReplyDelete
  5. Rasa tuan blog ni lama dah takbuka blog dia..takdak entri baru ...

    ReplyDelete