Monday 12 December 2011

Panduan Pemberian Markah Penulisan Bahagian A, B dan C

Langkah-langkah Memeriksa Kertas.

1. Guru hendaklah membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan.

2. Guru hendaklah membaca karangan itu sekali lagi . Bacaan kali kedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.

3. Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi.

4. Bagi karangan berformat khusus , jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

5. Bagi karangan yang berformat umum, tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, tidak ditolak markah. Tetapi jika format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak (2) markah daripada markah keseluruhan.

6. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya.

7. Markah ( Bahagian A) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid memahami  arahan dan menjawab soalan berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina ayat-ayat yag gramatis berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina ayat-ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi atau aktiviti. Jika soalan bertanyakan tentang aktiviti, murid -murid mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja, contoh kata kerja seperti memotong,menyiram, menyapu,mengecat, dan menyepak dan lain-lain. Jangan membina lebih daripada lima (5) ayat kerana markah akan ditolak.

8. Markah ( Bahagian B) akan diberi berdasarkan kemampuan kemampuan murid-murid mempersembahkan isi minimum sebanyak tiga (3) isi penting. Isi karangan yang diikuti dengan keterangan, huraian, dan contoh juga kan diberi markah. Karangan atau karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh.Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

9. Markah ( Bahagian C) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid membuat rumusan atau ulasan tentang dua (2) perkara, sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilai-nilai murni.Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungi minimum lima(5) iaitu isi untuk layak memperoleh markah yang cemerlang. Pengajaran atau nilai-nilai murni yang dinyatakan atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi. Jumalah perkataan juga mesti tidak lebih daripada 50 patah perkataaan.

1 comment:

  1. Cikgu, saya telah silap membaca soalan bahgian C 😭😭 Soalan minta pengajaran tetapi saya jawab nilai murni . Brpakah markah yang ditolak

    ReplyDelete