Pertandingan bercerita dalam Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah merupakan anjuran Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran di peringkat kebangsaan. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara,dan Bahagian Teknologi Pelajaran turut emberikan kerjasama bagi menjayakan program ini.
OBJEKTIF
1. Mencungkil baat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan.
2. Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan dan karya tradisional.
3. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid.
4. Meningkatkankemahiran bertutur dan mendengar dalam bahasa Melayu.
Thursday, 15 December 2011
Monday, 12 December 2011
Panduan Pemberian Markah Penulisan Bahagian A, B dan C
Langkah-langkah Memeriksa Kertas.
1. Guru hendaklah membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan.
2. Guru hendaklah membaca karangan itu sekali lagi . Bacaan kali kedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.
3. Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi.
4. Bagi karangan berformat khusus , jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.
5. Bagi karangan yang berformat umum, tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, tidak ditolak markah. Tetapi jika format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak (2) markah daripada markah keseluruhan.
6. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya.
7. Markah ( Bahagian A) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid memahami arahan dan menjawab soalan berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina ayat-ayat yag gramatis berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina ayat-ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi atau aktiviti. Jika soalan bertanyakan tentang aktiviti, murid -murid mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja, contoh kata kerja seperti memotong,menyiram, menyapu,mengecat, dan menyepak dan lain-lain. Jangan membina lebih daripada lima (5) ayat kerana markah akan ditolak.
8. Markah ( Bahagian B) akan diberi berdasarkan kemampuan kemampuan murid-murid mempersembahkan isi minimum sebanyak tiga (3) isi penting. Isi karangan yang diikuti dengan keterangan, huraian, dan contoh juga kan diberi markah. Karangan atau karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh.Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
9. Markah ( Bahagian C) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid membuat rumusan atau ulasan tentang dua (2) perkara, sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilai-nilai murni.Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungi minimum lima(5) iaitu isi untuk layak memperoleh markah yang cemerlang. Pengajaran atau nilai-nilai murni yang dinyatakan atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi. Jumalah perkataan juga mesti tidak lebih daripada 50 patah perkataaan.

Friday, 9 December 2011
Perkataaan..perkataan
Buat pelajar yang akan menduduki peperiksaan dan guru- guru juga.Ada beberapa perkataan yang perlu kita ketahui dan perkataan ini membawa maksud yang sama dan diterima pakai dalam peperiksaan.
1. sejak semenjak
2. sentiasa senantiasa
3. depan hadapan
4. baru baharu
5. akibat sebagai akibat
6. pemburu perburu
7. kebelakangan belakangan
8. peninju petinju
9. esok besok
10. saja sahaja
11. banyak ramai
1. sejak semenjak
2. sentiasa senantiasa
3. depan hadapan
4. baru baharu
5. akibat sebagai akibat
6. pemburu perburu
7. kebelakangan belakangan
8. peninju petinju
9. esok besok
10. saja sahaja
11. banyak ramai
PETUA TATABAHASA 4
KATA PENGUAT
1.0 bebas
1. sangat cantik ( /)
2. cantik sangat ( / )
3. amat kejam ( / )
4. kejam amat ( / )
5. bijak sungguh ( /)
1.2 sekali = tidak perlu ter atau paling
1. KLCC tertinggi sekali ( x )
2. KLCC tertinggi ( / )
3. KLCC begitu tinggi sekali ( / )
4. KLCC paling tinggi sekali ( x )
5. KLCC tinggi sekali ( / )
1.3 kata penguat tidak perlu kata ganda berentak
1. Rambut Afiqah sangat kusut -masai. ( x )
2. Suasana di pasar itu amat riuh. ( / )

Subscribe to:
Posts (Atom)