Thursday, 15 December 2011

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH

Pertandingan bercerita dalam Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah merupakan anjuran Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran di peringkat kebangsaan. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara,dan Bahagian Teknologi Pelajaran turut emberikan kerjasama bagi menjayakan program ini.

OBJEKTIF
1. Mencungkil baat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan.
2. Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan dan karya tradisional.
3. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid.
4. Meningkatkankemahiran bertutur dan mendengar dalam bahasa Melayu.


Monday, 12 December 2011

Panduan Pemberian Markah Penulisan Bahagian A, B dan C

Langkah-langkah Memeriksa Kertas.

1. Guru hendaklah membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan.

2. Guru hendaklah membaca karangan itu sekali lagi . Bacaan kali kedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.

3. Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi.

4. Bagi karangan berformat khusus , jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

5. Bagi karangan yang berformat umum, tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, tidak ditolak markah. Tetapi jika format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak (2) markah daripada markah keseluruhan.

6. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya.

7. Markah ( Bahagian A) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid memahami  arahan dan menjawab soalan berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina ayat-ayat yag gramatis berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina ayat-ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi atau aktiviti. Jika soalan bertanyakan tentang aktiviti, murid -murid mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja, contoh kata kerja seperti memotong,menyiram, menyapu,mengecat, dan menyepak dan lain-lain. Jangan membina lebih daripada lima (5) ayat kerana markah akan ditolak.

8. Markah ( Bahagian B) akan diberi berdasarkan kemampuan kemampuan murid-murid mempersembahkan isi minimum sebanyak tiga (3) isi penting. Isi karangan yang diikuti dengan keterangan, huraian, dan contoh juga kan diberi markah. Karangan atau karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh.Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

9. Markah ( Bahagian C) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid membuat rumusan atau ulasan tentang dua (2) perkara, sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilai-nilai murni.Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungi minimum lima(5) iaitu isi untuk layak memperoleh markah yang cemerlang. Pengajaran atau nilai-nilai murni yang dinyatakan atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi. Jumalah perkataan juga mesti tidak lebih daripada 50 patah perkataaan.

Friday, 9 December 2011

Perkataaan..perkataan

Buat pelajar yang akan menduduki peperiksaan dan guru- guru juga.Ada beberapa perkataan yang perlu kita ketahui dan perkataan ini membawa maksud yang sama dan diterima pakai dalam peperiksaan.


1.    sejak                                             semenjak
2.   sentiasa                                         senantiasa
3.   depan                                             hadapan
4.   baru                                               baharu
5.   akibat                                            sebagai akibat
6.   pemburu                                        perburu
7.   kebelakangan                               belakangan
8.   peninju                                          petinju
9.   esok                                              besok
10. saja                                                sahaja
11. banyak                                           ramai

PETUA TATABAHASA 4

KATA PENGUAT

1.0 bebas
1. sangat cantik ( /)
2. cantik sangat ( / )
3. amat kejam   ( / )
4. kejam amat   ( / )
5. bijak sungguh ( /)

1.2 sekali = tidak perlu ter atau paling
1. KLCC tertinggi sekali  ( x )
2. KLCC tertinggi  ( / )
3. KLCC begitu tinggi sekali ( / )
4. KLCC paling tinggi sekali ( x )
5. KLCC tinggi sekali ( / )

1.3 kata penguat tidak perlu kata ganda berentak
1. Rambut Afiqah sangat kusut -masai. ( x )
2. Suasana di pasar itu amat riuh. ( / )

Tuesday, 22 November 2011

MARI BERSYAIR

PETUA TATABAHASA 3

IMBUHAN

membuat (buat apa) = abstrak/ benda
berbuat = bukan benda

 Contoh : 
1. Jangan membuat bising. ( x)
2. Jangan berbuat bising. ( / )
3. berbuat begitu  ( / )


meN....i ( orang )
meN....kan ( benda)


Contoh :
1. menghadiahi Ali  ( / )
2. Ali dihadiahi ( / )
3. menganugerahkan Ali ( x )
4. menghidangkan tetamu ( x )
5. menganugerahkan pingat ( / )


( orang ) di.....i ( benda )
(benda ) di.....kan (orang )


Contoh : 
1. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah. ( / )
2. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan. ( x )


memperisterikan (mengahwinkan orang lain )
memperisteri (berkawin dengannya )


Contoh :
1. Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung.( x )
2. Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. ( / )
3. Haji Isa memperisterikan anak lelakinya
dengan seorang gadis kampung. ( / )


meN.....kan ( tidak perlu tentang )
ber ( ada tentang/ kata sendi)

Contoh :
1. Cikgu Norita menceritakan tentang pengalamannya. ( x )
2. Cikgu Norita menceritakan pengalamannya.( / )
3. Cikgu Norita bercerita tentang pengalamannya. ( / )


akan  = tiada imbuhan 


1. menyayangi akan anaknya. ( x )
2. sayang akan anaknya ( / )
3. sayang anaknya ( x )



ber....kan = kata sendi tidak perlu.


Contoh :
1. Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama ( / )
2. Orang tua itu tidur berbantalkan lengan.

Tuesday, 8 November 2011

PETUA TATABAHASA 2

KATA GANDA

a. Penggunaan perkataan 'saling' = tdak perlu kata ganda
1. Daud dan Arif saling kejar-mengejar ( X)
2. Daud dan Arif saling mengejar. ( / )
3. Daud dan Arif kejar-mengejar ( / )

b. Imbuhan pinjaman( man,wati,tata,wan,pra dan lain-lain) = diulang 2 kali
1. juru -juruterbang  ( X)
2. juruterbang - juruterbang ( / )

c. kata nama = diulang 2 kali kata pertama
1. guru- guru besar ( / ) = maknanya banyak guru besar
2. guru besar - guru besar ( X)
3. guru besar- besar ( / ) = maknanya banyak guru yang besar
4. alat -alat tulis ( / )
5. alat tulis - alat tulis ( X)
6. orang-orang tua ( /) =  maknanya banyak orang tua

Tuesday, 1 November 2011

PETUA TATABAHASA 1

  KATA BILANGAN

a. B 1    atau   1 B (BB-salah)
1. semua murid-murid ( X)
2. semua murid ( /)
3. guru semua  ( / )

b. 'ber' =   ( ulang 2 kali)
1. berpuluh tahun     ( X)
2. berpuluh-puluh tahun (/)
3.beribu-ribu  (/)

c.' ke' = 2X, perlu penjodoh bilangan kecuali beberapa
1. kedua-dua anaknya  ( X)
2. ketiga-tiga ekor kucing itu ( /)
3. keiga-tiga kucing itu (X)

d. pecahan -ditulis di akhir bukan ditengah
1. dua setengah kilogram ( X)
2. tiga  setengah  jam ( X)
3. dua kilogram setengah (/)
4. empat jam setengah (/)

e. setengah = 1/2
    sesetengah =jumlah, sebilangan
1. Setengah orang tidak suka akan durian.(X)
2. Sesetengah orang tidak suka akan durian. (/)
3. Setengah -setengah orang tidak suka akan durian(/)

f. beberapa = jumlah
   berapa  = soalan
1. Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu.(/)
2. Berapa orang pelajar telah menyertai kursus. (X)
3.Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu?(/)